.


Glitter Text @ Glitterfy.com terima kasih diatas kunjunagn anda di blog nurbalqisnatasya,saya harap anda tidak serik untuk mengunjungi di blog ini,dan jangan lupa sebelum keluar dari blog saya,anda sudah menfollow me,,thanks....selamat berjumapa kembali

Friday 10 June 2011

jalan-jalan

haii..korang....dah lama aku x mengadu cerita-cerita aku kat dalam blog aku ne..raser rindu lak...aku sebenarnyer baru balik dari jalan2x...cuti sem ne memang menyeronokkan la...ea la.. pergi 4 buah negeri dalam masa 4 hari boleh pergi perak,kedah,camron gan kl..bayangkan la betapa penantnyer aku..huhuhhuhuhuhuh,,so aku malas la nk cerita panjang2x klo cerita sampai besok pun x habis taip..so jom kita layan gambo2x yang aku snap tu..lyan.......



















Wednesday 1 June 2011

~~solat istikahrah~~


hai korang...hari ne aku raser aku nak buat pembaharuan tentang diri aku ne la..ea la..takan la asyik mundur jer kan..mesti la makin hari makin maju...umur pun makin hari makin meningkat,aku pun pakwe da ader.. tu la yang menjadi masalah kat diri aku ne..aku raser sangsi la dengan jodoh aku..aku memang la sayang sgt2x kat my hubby aku sorang ne,,tp Allah tu maha adil dan lagi bijak sana..jodoh dan pertemuan di tangan Allah..tak semestinya cinta yang kita miliki itu menjadi hak kita selama-lamanya..so aku nak mintak kepastian dengan cara solat istikharah..aku tak mau la aku sorang jer buat,,aku nak my hubby aku pun buat sama..biarlah keputusan yang kita dapat berpuas hati..aku harap korang pun sebelum kawen buat la sembahyang istikharah ea..kita pun x tahu masa akan datang apa akan jadi dengan kehidupan kita.so aku kat sini ada cara-cara untuk melakukan solat istikahrah...jom la kita tguk ea...


  • di lakukan sebanyak 2 rakaat sahaja.
  • rakaat pertama dibaca dengan al-fatihah dan al-kafirun
  •  rakaat dedua di baca dengan al-fatihah dengan al-ikhlas..
niat untuk sembahyang istikhara 


        sahaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala




ini pulak doa selepas solat istikahrah







so,selamat beramal....




Monday 30 May 2011

~~pemikiran kanak-kanak~~

arine aku nak ceritakan la kat korang pasal anak buah aku ne..anak buah aku ne umo nyer dalam lingkungan 3 tahun ..biaser la budak2x,dalam pemikiran dia just main,main,main,tapi anak buah aku ne dia kurang bermain,setakat terkinja-kinja ne ada la kan,kalo beli permainan  sekejap jer.,pastu ntah ke mana.. ,dia lebih suka  tgk cerita-cerita,pastu tguk binatang2x...time dia balik kampung,kiranya umah aku la kan,dia da pandai nak tenguk cerita ultraman,mmg minat giler la tgk,,pagi2x bagun jer terus p kat depan laptop,suh bukakkan cerita,cerita tu pun aku yang downlodkan..ea la dia da fanatik tgk ultrman,sehinggakan dia anggap ayah dia raksaksa,dia tu ultraman..dia panggil ultraman tu,,onomen gaya..heheheheheh mcm2x karenah budak ne la..kali seterusnya dia balik dia suka tgk cerita tom and jarry,,ne pulak dia panggil totek jarry..hahahahah..kelako..biser la tu,,dulu2x agknya aku pun mcm tu jugak kan..hehehehehe, sekarang ne aku nak cerita kan la apa yang aku bacer tentang pemikiran kana-kanak ne..
bagi kanak-kanak yang sedang membesar ne,bermain adalah sesuatu keperluan,melalui bermainan,kanak-kanak dapat belajar belbagai perkara dan keadaan ini,dikenali sebagai pembelajaran tidak formal.Menurut pendapat montessori,apabila kanak-kanak itu bermain ,secara tidak langsung mereka dapat belajar dan mengalami sesuatu pengalaman yang baru apabila melalui proses pembelajaran yang baik dan bermakna.keadaan ini menbuktikan bahawa bermainan merupakan sesuatu proses belajar secara semula jadi dan juga sepontan.Melalui aktiviti bermain,secara tidak langsung ibu bapa turut membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kretif.

oleh itu,setiap kanak-kanak yang bermain atau melakukan aktiviti,ianya dapat memproseskan akal fikiran,dan dapat membezakan yang mana salah,yang mana betul,yang mana baik dan yang mana buruk,dan sebegitu la seterusnya.Ibu bapa perlu memainkan peranan penting agar setiap kelakuan anak-anak perlu diawasi agar tidak mencederakan dirinya...

selain dari itu,baca ayat-ayat berikut dan sapu atas ubun-ubun anak sambil berniat dan berdoa kepadaNya apa yang kita hajatkan. Boleh juga amalkan bila nak beri anak minum air, baca ayat-ayat tu tiup-tiup pada air. Tujuannya seperti yang disebut di ataslah, supaya anak-anak jadi orang baik, soleh, lembut hati, dengar cakap mak ayah, taat perintah Tuhan dan sebagainya.
Surah Al-Fatihah (1 kali)
Ayat kursi (1 kali)
Surah al-Insyirah (1 kali)
Surah Toha ayat 1 hingga 7 (1 kali)


semoga kita menjalankan tanggungjawab kita terhadap anak-anak,,walaupun tiada anak lagi ea.....anak buah jangan lupa....hehehheehhhe




Saturday 28 May 2011

~~majlis perkahwinan~~

setiap sabtu dan ahad  pasti ada ajer la orang buat kenduri kawen..nak-nak lagi kalo 1 hari ader 3,4 majlis kawen,kenyang la perut sampai ker malm..aku nak cerita la kan,semalam ada la orang kampung aku wat kenduri kawen ne,mak aku suh pergi gan abang-abang aku ,,mk aku da pergi dulu sebab kumpulan marhaban,so ikut kan hati aku ne malas sungguh nak p,so tak pergi la,,korang nak tahu x apa hukumnyer kalo x p umah kenduri kawen yang telah di ajak,,

JAWAPAN:
 Dalam ajaran Islam, menghadiri majlis kenduri perkahwinan, jika dijemput, adalah satu kewajipan. Berdasarkan hadis Rasulullah, kalangan ulama menghuraikan dengan panjang lebar mengenai jenis kenduri dan hukum menghadirinya sama ada wajib, makruh, haram atau harus. 

Pada umumnya, kenduri terbahagi kepada dua jenis, iaitu kenduri kahwin dan bukan kenduri kahwin seperti kenduri atau jamuan kesyukuran atau jamuan hari raya. 

Menghadiri jemputan dan undangan kenduri kahwin adalah fardu ain, iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim bermaksud: 

"Apabila seorang daripada kamu diundang menghadiri kenduri kahwin, maka hendaklah dia menghadirinya." 

Imam Muslim juga meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Seburuk-buruk makanan (hidangan) ialah hidangan walimah (kenduri) yang dijemput orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin tidak dijemput. Dan sesiapa tidak memenuhi jemputan (undangan), maka dia menderhakai Allah dan Rasul-Nya." 

Berdasarkan hadis sahih itu, jelas menunjukkan bahawa menghadiri jemputan dan undangan kenduri perkahwinan hukumnya wajib. 

Bagaimanapun, kalangan ulama berpendapat bahawa hukum wajib itu bergantung kepada syarat-syarat tertentu. 

  • Yang menjemput atau mengadakan kenduri perkahwinan itu orang Islam. 

  •  Orang yang dijemput adalah me-nyeluruh tanpa mengira bulu atau kedudukan, yakni tidak membeza-bezakan yang kaya dan miskin. 

  • Jemputan ke majlis perkahwinan itu dibuat secara khusus kepada setiap orang bukan secara umum, sama ada dengan cara menemuinya, melalui kad jemputan atau melantik wakil untuk menjemputnya. Sekiranya jemputan dibuat secara umum seperti berkata atau membuat iklan menjemput penduduk sesuatu tempat itu ke majlis itu, maka tidak wajib menghadiri jemputan berkenaan. 

  • Pada lahirnya segala perbelanjaan untuk mengadakan majlis itu daripada wang yang halal. 

  • Tidak terdapat di majlis itu orang yang menyakiti orang yang dijemput. 

  •  Tidak ada di majlis itu sesuatu yang mungkar seperti arak atau majlis tari menari yang haram. 

  • Tidak ada jemputan yang lebih awal daripada itu. 

  •  Tiada sebarang keuzuran yang menghalangnya hadir. 

Kesimpulannya, hukumnya wajib atas setiap orang yang mendapat jemputan ke majlis kenduri perkahwinan untuk menghadirinya jika tidak terdapat satu daripada perkara yang bercanggah dan bertentangan dengan syarat-syarat yang disebutkan. 

Dengan menghadiri jemputan itu, kita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim serta dapat menambah serta memupuk kemesraan, kerjasama, bantu membantu dan mengukuhkan perpaduan sesama kita. 

Kalau dalam sehari ada dua tiga jemputan, seboleh-bolehnya hendaklah menghadiri jemputan itu. Kalau tidak, hendaklah hadir ke majlis jemputan yang lebih awal diterima.
 



oleh itu,,kita patut fikir2x kan la dan selamat beramal....

Friday 27 May 2011

~~qiamullail~~

.malam tadi aku tak tidur langsung..sampi ayah aku nak pergi surau nak solat subuh  pun aku masih terjaga ajer..korang nak tahu aku wat apa???heheheheheh aku bergayut la gan bf aku,aku gaduh2c tapi da berbek jer..ala pasal handset gan kamre jer..tu pun nak gaduh..hakhakhakhak,,tapi bukan pasal tu yang aku nak bebel,aku nak terangkan sesuatu yang aku dan korang memang semua da tahu,just kita jer nak tak nak lakukan.... 

apa kene mengenanya dengan gambar apa tu??????
kalo korang nak tahu tu gambar orang tengah bertafakur diwaktu malam
ini di takrifkan orang tu tengah berqiamullail di waktu malam..orang tu dia merendahlan diri dengan Allah,dan dia sebagai hamba-Nya menjalankan kewajipan terhadap Allah,dan berasa syukur dengan kehidupan yang dia ada..aku bukan nyer selalu pun buat qiamullail pun..dalam setahun maybe boleh dikira la la kan..hehehehehehe.malam tadi aku terfikir "kalau lah aku berqiamullail gerenti nagntuk gila.tapi bila tak buat  memang tak nak tidur terkebil-kebil mata.Ne la SYAITAN yang nak menghancurkan anak-anak adam.Kalo nak buat sesuatu tu aja alasan..hmmm......

kadang-kadang juga kalau nak buat sesuatu kenelah dengan hati yang ikhlas,tu yang aku cakap just nak tak nak jer buat,,nak-nak lagi waktu pagi2x buta..semua orang tidur,,huhuhuhuh,kalo korang nak tahu apa kelebihan qiamullail??

  Daripada Abu Hurairah : Aku bertanya : Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku tentang suatu amalan yang membolehkan aku masuk Syurga lalu nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya engkau akan masuk Syurga dengan selamat – Dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Ibnu Habban dengan sanad sohih

marilah kita jalani kewajipan kita sebagai hamba_nya.walaupun ianya hanya sunat semata-mata,tetapi ia diharuskan kita supaya melakukan..selamat beramal...

Thursday 26 May 2011

syirik


hari selasa ari tu  mak & ayah aku  dapat gaji tapi baru ari  ne boleh p beli belah,tapi bukan beli belah apa pun...just beli pekakas kawen jer,,untuk maklumat korang la kan tahun ne akk & abang aku nak kawen bulan 11 ne,,pengantin  dua la katakan,,so kene la mulakan beli barang,biaser la kalo nak beli pekakas kawen kat melaka ne tempat populer yang banyak2x barang kawen ne kat  cowboy la kan...tanyer jer orang melaka cowboy kat mner gerenti la ramai yang taw,,so sapa2x nak kawen p la kat cowboy ea..huhuhuhuhu,masa aku pergi tu nasib la aku pergi hari khamis,tak dek la ramai orang,,kalo x beratur panjang..macam kereta api lak..
lepas jer p cowboy kitorang p shoping len lak,,family aku tak sah kalo x p kat tempat tu,setiap bulan gerenti la beratus2x kuokan duit kat situ..heheheheh da macam rumah  kedua kitorang lak kat situ,kalo kitorang tak p  mak aku mesti kata ,"orang sana da rindu kat aku".hehehehehe

Shoping punyer shoping aku pun haus la..biaser la panas2x terik ne air dalam badan ne berkurang la..nak2x lagi kene aircon..hmmmm..aku pergi la satu gerai ne la kan..aku cakap la  kak,saya nk jagung rebus dua..ok  la kan..akk tu pun buat la...tapi la kan aku pelik la,time dia buat tu mulut dia berkumat kamit,,aku pandang jer mulut dia,ragu2x gak aku nak makan,,lepas aku beli aku duk la satu tempat yang berhampiran dengan gerai tu,ada la sorang dua nak beli,,aku tenguk mulut dia sama gak terkumat kamit,,aku g taw gan mak aku,,mak aku kata fikir positif,maybe orang tu berzikir,baca2x ayat al-quraan,kita x taw,,jangan perasangka orang,tak baik.menfitnah orang umpama dosa kita berzina,,so aku pikir la positif,,,tgk akk tu pun nampak baik jer...aku tak pandang la akk tu lagi,
so aku nak terangkan lah serba sedikit tentang syirik ne,,ramai yang kita dengar pasal ramai orang melayu yang menggunakan makhluk halus untuk kesenangan diri sendiri,untuk apa dorang meminta dengan makhluk lain selain Allah.Sesungguhnya dengan meminta pertolongan makhluk halus ne,ia telah meneyekutukan Allah, adakah disebabkan hasad dengki?cemburu?Sepatutnya dorang kene bersyukur dengan apa yang ada,berusaha doa dan tawakkal, 

aku tenguk ramai pengerai makanan yang meminta pertolongan makhluk halus..so aku nak ingat kan la kat korang gan diri aku ne,kita jangan la selalu beli  makanan di luar,biarlah kita masak walaupun tak sesedap kedai,asalkan jangan diri kita ditimpa penyakit.Bukan gerai makanan jer perlu berhati2x,tapi dengan sesiapa sahaja kita perlu berhati-hati,,bak kata nasihat kawan aku "buatlah baik dengan orang selagi orang itu buat baik dengan kita,"

Hadis :

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam."
Riwayat At-Tabrani

in the end,kita berusaha la untuk mencarik rezeki yang hala untuk diri kita,keluarga kita,untuk agama kita.Jangan la disebabkan rasa hasad dengki dengan menggunakan makhluk halus untuk kepentingan diri kita sendiri.Semoga kita tidak tergolong dari golongan itu,Aminnn..

Wednesday 25 May 2011

ikhlas

hmmm....aku baru jer pas kemas bilik arwah nenek aku.Nenek aku baru 3 bulan meninggal la ne baru kemas bilik dia..tu pun sebab bilik tu jadi bilik aku,so aku kemas la betul2x..penat sungguh...time kemas-kemas macam-macam jumpa,gigi palsu ada,inai mekkah ada,macam macam la ada..,tp maser aku kemas-kemas tekejut aku cicak melompat kat badan aku,aku per ag argggghhhhhh!!!!!!!!!!!!! menjerit satu rumah,,heheheheheheh,,,biaser la terkejut..aku p la kat mak aku kat dapur suh tolong kebas,last-last cicak tu da x dek..mana p nyer pun aku x taw..huhuhuhuhuhu.aku start kemas dari pukul 12.00 tgh ari sampai kol 4.30..huh!lamer sungguh...tumit kaki aku pun da sakit x terkata ne..heheheheh..lepas jer siap kemas,aku terus aku wat blog..heheheheheh,almaklumla...rindu kat blog..alhamdulillah la bilik pun da siap kemas,tinggal bilik air dia jer lom ag..penat..hehehehehhhe,,,

 sekarang ne bukan itu yang aku nk berbicara kan... aku ingin membicarakan sesuatu perkerjaan yang berkaitan dengan niat....apa itu niat????.dan apa itu ikhlas?????adakah ketiga-tiga  ini ada kaitan???
hmmm....klo korang nk taw la kan,,,setiap perkerjaan yang kita lakukan pastilah melalui niat,


 عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم 
القشيريالنيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.


  Ikhlas pula  ialah melakukan amalan semata-mata mencari keredhaan Allah swt, tanpa dicampuri dengan tujuan dunia.so setiap perkerjaan dengan melalui niat yang ikhlas akan mendapat ganjaran daripada Allah.s.w.a...so marilah kita sama-sama membetulkan niat kita agar kita tidak kecundang dengan kekayaan dibumi ini...

amin....