.


Glitter Text @ Glitterfy.com terima kasih diatas kunjunagn anda di blog nurbalqisnatasya,saya harap anda tidak serik untuk mengunjungi di blog ini,dan jangan lupa sebelum keluar dari blog saya,anda sudah menfollow me,,thanks....selamat berjumapa kembali
Showing posts with label akidah dan akhlak. Show all posts
Showing posts with label akidah dan akhlak. Show all posts

Friday, 27 May 2011

~~qiamullail~~

.malam tadi aku tak tidur langsung..sampi ayah aku nak pergi surau nak solat subuh  pun aku masih terjaga ajer..korang nak tahu aku wat apa???heheheheheh aku bergayut la gan bf aku,aku gaduh2c tapi da berbek jer..ala pasal handset gan kamre jer..tu pun nak gaduh..hakhakhakhak,,tapi bukan pasal tu yang aku nak bebel,aku nak terangkan sesuatu yang aku dan korang memang semua da tahu,just kita jer nak tak nak lakukan.... 

apa kene mengenanya dengan gambar apa tu??????
kalo korang nak tahu tu gambar orang tengah bertafakur diwaktu malam
ini di takrifkan orang tu tengah berqiamullail di waktu malam..orang tu dia merendahlan diri dengan Allah,dan dia sebagai hamba-Nya menjalankan kewajipan terhadap Allah,dan berasa syukur dengan kehidupan yang dia ada..aku bukan nyer selalu pun buat qiamullail pun..dalam setahun maybe boleh dikira la la kan..hehehehehehe.malam tadi aku terfikir "kalau lah aku berqiamullail gerenti nagntuk gila.tapi bila tak buat  memang tak nak tidur terkebil-kebil mata.Ne la SYAITAN yang nak menghancurkan anak-anak adam.Kalo nak buat sesuatu tu aja alasan..hmmm......

kadang-kadang juga kalau nak buat sesuatu kenelah dengan hati yang ikhlas,tu yang aku cakap just nak tak nak jer buat,,nak-nak lagi waktu pagi2x buta..semua orang tidur,,huhuhuhuh,kalo korang nak tahu apa kelebihan qiamullail??

  Daripada Abu Hurairah : Aku bertanya : Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku tentang suatu amalan yang membolehkan aku masuk Syurga lalu nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya engkau akan masuk Syurga dengan selamat – Dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Ibnu Habban dengan sanad sohih

marilah kita jalani kewajipan kita sebagai hamba_nya.walaupun ianya hanya sunat semata-mata,tetapi ia diharuskan kita supaya melakukan..selamat beramal...

Thursday, 26 May 2011

syirik


hari selasa ari tu  mak & ayah aku  dapat gaji tapi baru ari  ne boleh p beli belah,tapi bukan beli belah apa pun...just beli pekakas kawen jer,,untuk maklumat korang la kan tahun ne akk & abang aku nak kawen bulan 11 ne,,pengantin  dua la katakan,,so kene la mulakan beli barang,biaser la kalo nak beli pekakas kawen kat melaka ne tempat populer yang banyak2x barang kawen ne kat  cowboy la kan...tanyer jer orang melaka cowboy kat mner gerenti la ramai yang taw,,so sapa2x nak kawen p la kat cowboy ea..huhuhuhuhu,masa aku pergi tu nasib la aku pergi hari khamis,tak dek la ramai orang,,kalo x beratur panjang..macam kereta api lak..
lepas jer p cowboy kitorang p shoping len lak,,family aku tak sah kalo x p kat tempat tu,setiap bulan gerenti la beratus2x kuokan duit kat situ..heheheheh da macam rumah  kedua kitorang lak kat situ,kalo kitorang tak p  mak aku mesti kata ,"orang sana da rindu kat aku".hehehehehe

Shoping punyer shoping aku pun haus la..biaser la panas2x terik ne air dalam badan ne berkurang la..nak2x lagi kene aircon..hmmmm..aku pergi la satu gerai ne la kan..aku cakap la  kak,saya nk jagung rebus dua..ok  la kan..akk tu pun buat la...tapi la kan aku pelik la,time dia buat tu mulut dia berkumat kamit,,aku pandang jer mulut dia,ragu2x gak aku nak makan,,lepas aku beli aku duk la satu tempat yang berhampiran dengan gerai tu,ada la sorang dua nak beli,,aku tenguk mulut dia sama gak terkumat kamit,,aku g taw gan mak aku,,mak aku kata fikir positif,maybe orang tu berzikir,baca2x ayat al-quraan,kita x taw,,jangan perasangka orang,tak baik.menfitnah orang umpama dosa kita berzina,,so aku pikir la positif,,,tgk akk tu pun nampak baik jer...aku tak pandang la akk tu lagi,
so aku nak terangkan lah serba sedikit tentang syirik ne,,ramai yang kita dengar pasal ramai orang melayu yang menggunakan makhluk halus untuk kesenangan diri sendiri,untuk apa dorang meminta dengan makhluk lain selain Allah.Sesungguhnya dengan meminta pertolongan makhluk halus ne,ia telah meneyekutukan Allah, adakah disebabkan hasad dengki?cemburu?Sepatutnya dorang kene bersyukur dengan apa yang ada,berusaha doa dan tawakkal, 

aku tenguk ramai pengerai makanan yang meminta pertolongan makhluk halus..so aku nak ingat kan la kat korang gan diri aku ne,kita jangan la selalu beli  makanan di luar,biarlah kita masak walaupun tak sesedap kedai,asalkan jangan diri kita ditimpa penyakit.Bukan gerai makanan jer perlu berhati2x,tapi dengan sesiapa sahaja kita perlu berhati-hati,,bak kata nasihat kawan aku "buatlah baik dengan orang selagi orang itu buat baik dengan kita,"

Hadis :

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam."
Riwayat At-Tabrani

in the end,kita berusaha la untuk mencarik rezeki yang hala untuk diri kita,keluarga kita,untuk agama kita.Jangan la disebabkan rasa hasad dengki dengan menggunakan makhluk halus untuk kepentingan diri kita sendiri.Semoga kita tidak tergolong dari golongan itu,Aminnn..

Wednesday, 25 May 2011

ikhlas

hmmm....aku baru jer pas kemas bilik arwah nenek aku.Nenek aku baru 3 bulan meninggal la ne baru kemas bilik dia..tu pun sebab bilik tu jadi bilik aku,so aku kemas la betul2x..penat sungguh...time kemas-kemas macam-macam jumpa,gigi palsu ada,inai mekkah ada,macam macam la ada..,tp maser aku kemas-kemas tekejut aku cicak melompat kat badan aku,aku per ag argggghhhhhh!!!!!!!!!!!!! menjerit satu rumah,,heheheheheheh,,,biaser la terkejut..aku p la kat mak aku kat dapur suh tolong kebas,last-last cicak tu da x dek..mana p nyer pun aku x taw..huhuhuhuhuhu.aku start kemas dari pukul 12.00 tgh ari sampai kol 4.30..huh!lamer sungguh...tumit kaki aku pun da sakit x terkata ne..heheheheh..lepas jer siap kemas,aku terus aku wat blog..heheheheheh,almaklumla...rindu kat blog..alhamdulillah la bilik pun da siap kemas,tinggal bilik air dia jer lom ag..penat..hehehehehhhe,,,

 sekarang ne bukan itu yang aku nk berbicara kan... aku ingin membicarakan sesuatu perkerjaan yang berkaitan dengan niat....apa itu niat????.dan apa itu ikhlas?????adakah ketiga-tiga  ini ada kaitan???
hmmm....klo korang nk taw la kan,,,setiap perkerjaan yang kita lakukan pastilah melalui niat,


 عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم 
القشيريالنيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.


  Ikhlas pula  ialah melakukan amalan semata-mata mencari keredhaan Allah swt, tanpa dicampuri dengan tujuan dunia.so setiap perkerjaan dengan melalui niat yang ikhlas akan mendapat ganjaran daripada Allah.s.w.a...so marilah kita sama-sama membetulkan niat kita agar kita tidak kecundang dengan kekayaan dibumi ini...

amin....